Tajuk di atas biasanya di rujuk kepada hadis Rasul S.A.W. Tetapi sebagai insan yang cetek agama, aku sedar bahawa hadis tersebut adalah hadis lemah dan sesetengah ulamak menyatakan bahawa hadis tersebut adalah batal.
Namun begitu jika aku kenangkan pesanan guru, "terima lah nasihat yang baik walau datangnya dari orang yang gila" dan "anggaplah diri kita lebih hina dari anjing kurap ketika berjalan di bumi Allah", maka aku rujuk juga pada "Tuntutlah Ilmu Walau Sampai Ke Negeri China".
Manakan tidak, dengan izin Tuhan, sebulan yg lepas syarikat bawa kami ke Beijing, China untuk "jalan2 cari makan" dan "buka mata" pada dunia luar. Walaupun hanya 4 hari 3 malam. Pengalaman tersebut cukup bermakna dan banyak pelajaran kehidupan dan kerohanian yang dapat diperolehi.
Ingatlah bahawa Islam lebih dahulu sampai ke Tanah china sebelum sampai ke Tanah Melayu. Walau China adalah negara Komunis, ada sesuatu yang boleh pelajari dari mereka. Namun begitu, ideologi Komunis mereka tidak boleh diterima pakai di Tanah Melayu.
No comments:
Post a Comment