Dari Ali Bin Abi Thalib kwh, Rasululullah telah bersabda
" Apabila umatku telah membuat 15 perkara , maka bala pasti akan turun kepada mereka" iaitu-
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang2 tertentu.
2. Apabila amanah di jadilan sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami menurut kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya.
6. Anak derhaka sedangkan dia berbaik dengan kawannya.
7. Anak yang suka menjauhkan diri dari ayahnya.
8. Sesuatu kaum diketuai oleh orang paling hina dikalangan mereka.
9. Suara ditinggikan (bertengkar) di dalam masjid.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar(arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai kaum lelaki
13. Para artis di sanjung dipuja.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama(para sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan ditukarkan menjadi makhluk yang lain- riwayat At-Tirmizi.
Sent from Mohd Najib Serakim® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, April 9, 2011
Wednesday, April 6, 2011
Sabda Rasulullah SAW
Jadilah engkau di dunia bagaikan orang asing atau sekadar melalui jalan dan anggaplah diri ahli kubur-Abdullah bin Umar
Sent from Mohd Najib Serakim® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sent from Mohd Najib Serakim® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, April 5, 2011
Sabda Rasullullah SAW
"Jibrail membisikkan kepadaku bahawa seseorang itu tidak akan mati sehinggalah dia selesai meneguk nikmat rezekinya (yang terakhir). Oleh itu hendaklah kalian bertaqwa kepada Allah dan mintalah rezeki dengan cara yang baik. Janganlah kalian (kerana terasa lambat sangat tezeki sampai) mencarinya dengan cara menderhakai Allah. Sesungguhnya tidak akan di perolehi kurnia di sisi Allah melainkan dengan cara mentaati Nya.- Riwayat Al-bazzar dan Al-Hakim.
Sent from Mohd Najib Serakim® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sent from Mohd Najib Serakim® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, April 4, 2011
Sabda Rasulullah SAW
"Jauhilah kamu daripada sangkaan kerana ia sedusta-dusta bisikan hati. Janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, janganlah kamu mendengar-dengar cerita orang, janganlah kamu berlumba-lumba menununjukkan kekuatan di antara satu sama lain, janganlah kamu dengki-mendengki, benci-membenci, bermusuh-musuhan dan jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara"- hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Muslim. Dan Abu Daud.
Sent by Mohd Najib Serakim (Loagan Bunut Palm Oil Mill)
Sent by Mohd Najib Serakim (Loagan Bunut Palm Oil Mill)
Sunday, April 3, 2011
Sabda Rasulullah SAW
Siapa yang menahan marah, padahal dia dapat melampiaskan kemarahannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian makhluk, kemudian di suruh memilih bidadari menurut kehendaknya- riwayat Abu Daud dan At Tirmidzi
Sent from Mohd Najib Serakim® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sent from Mohd Najib Serakim® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Subscribe to:
Posts (Atom)