Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Thursday, March 24, 2011

Word for the day

Do what you can, with what you have, where you are- Theodore Roosevelt
Sent by Mohd Najib Serakim

Saturday, March 19, 2011

Meninggalkan Solat dan Melambatkan Solat - Petikan Dari Laman Web

Meninggalkan Solat dan Melambatkan Solat


Solat 5 waktu amat penting dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang muslim. Ada kalanya kita melambat-lambatkan dan sengaja malas untuk menunaikan solat. Ketahuilah wahai rakan-rakan sekalian Barangsiapa yang (sengaja) meninggalkan solat fardhu lima waktu :-

Subuh - Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun* di akhirat. (*nota - 1 tahun diakhirat=1000 tahun didunia=60,000 tahun)

Zuhur - Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.

Asar - Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah

Maghrib - Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.

Isyak - Allah SWT berseru kepada mereka :- "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT."



********


Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:

Dunia


Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.

Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.

Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Sakaratul Maut

Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.

Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.

(su'ul khatimah)

Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Alam Barzakh

Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.

Kuburnya akan menjadi cukup gelap.

Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)

(Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)



Hari Qiamat

Hisab keatasnya menjadi sangat berat

Allah SWT tersangat murka kepadanya.

Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.

Allah s.w.t. menjelaskan bahawa sembahyang itu mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran (al-Ankabut: 45) dan dalam masa yang sama iblis terus menerus berusaha untuk menyesatkan manusia. Kerana itu maka tidak peliklah kenapa iblis dan syaitan itu berusaha untuk menyekat manusia daripada melakukan sembahyang.

Iblis dan syaitan berusaha menghalang manusia agar jangan melakukan sembahyang. Andainya seseorang itu terus juga sembahyang, makhluk itu akan mengganggu ketika seseorang itu sedang mengambil wuduk. Rasulullah s.a.w. memberi amaran tentang adanya satu kumpulan iblis yang dinamakan ``al-Wilhan'' yang berperanan untuk mengganggu seseorang itu berwuduk, menyebabkan timbulnya was-was, lalu wuduk itu diambil mengambil masa yang panjang, berulang kali tanpa yakin.

Ketika mendirikan sembahyang iblis akan menimbulkan was-was hati iaitu ketika berniat, membaca al-Fatihah, mengganggu pemikiran menyebabkan seseorang itu tidak berupaya menumpukan konsentrasinya kepada ibadah yang dilakukan. Ketika itu timbul pelbagai lintasan, termasuk peristiwa yang dilihat di tengah jalan, di pejabat, rasa kecewa harga saham dan kelapa sawit yang menjunam dan lain-lain lagi termasuk gangguan yang timbul daripada gambar-gambar ataupun tenunan pada kain sejadah yang dijadikan alas tempat sembahyang.

Selain daripada tabiat manusia yang sukar hendak mendirikan ibadah sembahyang, iblis dan syaitan juga menipu manusia agar melengah-lengahkan sembahyangnya, yang mungkin berpunca daripada sifat malas semula jadi, didikan yang diberi atau suasana yang mempengaruhi. Seseorang itu mungkin melambat-lambatkan sembahyangnya kerana mesyuarat, terlalu asyik dengan kerja yang dilakukan, untuk menyudahkan tugas yang diberi dan sebagainya.

Untuk mengatasi masalah seperti ini seseorang itu perlu kembali kepada hukum asal, iaitu memahami hukum mereka yang melambat-lambatkan sembahyang seperti yang saudara kemukakan.

Dalam surah al-Maun: 4-5 dijelaskan, ``Maka kecelakaanlah bagi mereka yang sembahyang, iaitu orang yang lalai dari sembahyangnya.''

Menurut Saad bin Abi Waqqas, seorang daripada 10 sahabat yang dijanjikan syurga, yang meninggal dunia pada tahun 55H, menyatakan yang dia telah bertanyakan Rasulullah tentang maksud ``orang yang lalai sembahyang'' tadi. Baginda menyatakan bahawa yang dimaksudkan itu ialah mereka yang melambat-lambatkan sembahyang daripada waktunya.

Mereka ini tetap termasuk dalam golongan orang yang melakukan sembahyang, tetapi memandang enteng dengan melambat-lambatkannya. Bagi mereka adalah balasan neraka, yang dinamakan ``wail'', yang sangat berat azabnya. Menurut satu pendapat neraka wail itu adalah satu lembah yang terdapat di neraka jahanam. Andainya bukit-bukit yang ada di dunia itu diletakkan dalamnya, nescaya hancur luluh semuanya kerana terlalu panas.

Dalam sebuah hadis riwayat daripada al-Bayhaqi dinyatakan bahawa Umar bin Al-Khattab r.a. ada memberitahu, telah datang seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w. lalu bertanya: Ya Rasulullah, apakah amalan yang paling dikasihi Allah dalam Islam. Baginda menjawab: Sembahyang dalam waktunya. Barang siapa meninggalkan sembahyang, maka tidak ada agama baginya. Sembahyang adalah tiang agama.

Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda yang bermaksud: Apabila seseorang hamba itu sembahyang pada waktu awal, maka sembahyang itu naik ke langit dengan cahaya, sehinggalah tiba ke arasy, lalu sembahyang itu memohon keampunan kepada Allah untuk tuannya sehingga hari kiamat. Ia berkata: Semoga Allah memelihara akan dikau sebagaimana engkau memelihara akan daku. Dan apabila seorang hamba itu sembahyang bukan pada waktunya, sembahyang itu naik ke langit bersamanya kegelapan. Apabila tiba ke langit ia dilipat, seperti pakaian yang dilipat, lalu dipukul dengannya pada muka tuannya, ia berkata: Allah s.w.t. mempersia-siakan akan dikau, sebagaimana engkau mempersia-siakan akan daku.

Keterangan di atas menjelaskan betapa Allah memberi peringatan amaran terhadap mereka yang melengah-lengahkan sembahyang. Andainya seseorang itu benar-benar beriman kepada Allah dan menyedari betapa pedih dan sakitnya seksaan tersebut, dia akan sedar dan insaf dan tidak akan mengulangi perbuatannya itu.

Namun demikian, lumrahnya tidak mudah seseorang itu hendak mengubah tabiatnya yang telah menjadi darah daging. Dosa itu seperti sakit atau kerosakan yang ada pada jari-jari. Apabila satu jari itu rosak, maka akan bengkoklah jari tadi. Semakin banyak kesakitan yang terjadi, maka semakin banyaklah jari-jari yang bengkok, yang mungkin berakhir dengan kerosakan pada seluruh jari jemari tadi.

Adalah mudah untuk memulihkannya jika ia dirawat sebaik-baik sahaja jari itu membengkok. Ia akan pulih seperti sediakala bergantung kepada tahap kesakitan yang dialami, ubat yang digunakan, dan kekuatan badan si pesakit. Kerana itu penyakit perlu diubat lebih awal dan jangan dibiarkan merebak. Merawat dosa ialah dengan bertaubat.

Thursday, March 3, 2011

Tips mengatasi perasaan sombong

  1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak lenih mulia dari kita, sebab kanak-kanak tidak melakukan dosa berbanding kita.
  2. Tatkala bertemu orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat. Orang tua banyak memberi iktibar, khazanah pengalaman hanya ada pada orang tua.
  3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia dari kita kerana banyaknya ilmu yang telah dia pelajari. Memperlekehkan orang alim samalah seperti mengabaikan gedung ilmu.
  4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia dari kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.
  5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat. Jangan sombong dan terus menghukum. Orang sombong akan terus melihat kesalahan di pihak lain sedang diri sendiri dianggap sentiasa bersih.
  6. Apabila bertemu orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan di beri hidayah ALLAH dan akan memeluk ISLAM.

Saturday, October 9, 2010

Ikan & Arus

"Pada aliran arus air yang deras, ikan-ikan selalunya mudik menentang arus. Ikan yang mengikuti aliran arus air itu hanyalah ikan yang telah mati.

Begitulah, manusia juga harus berjuang menempuh segala rintangan dan halangan untuk memenuhi hak asasinya sebagaimana ikan yang menentang arah laluan arus itu.

Maka sesiapa yang membiarkan nasib dirinya dilanda peristiwa-peristiwa negatif, adalah laksana ikan yang telah lama mati"

40 Senjata Iblis
Abu Ahmad Yasin

Friday, October 8, 2010

Marah

" Seorang hakim yang tidak mampu menahan marahnya, tidak akan mampu memutuskan perkara dengan adil.
Seorang pemimpin yang mudah terbakar nafsu marahnya, tidak akan mampu memberikan jalan keluar bagi rakyatnya. Justeru, dia akan sentiasa menimbulkan permusuhan di dalam masyarakatnya.
Begitu pula pasangan suami isteri yang tidak memiliki ketenangan jiwa, tidak akan mampu melayarkan bahtera hidupnya dengan sempurna kerana masing-masing tidak mampu memejamkan mata atas kesalahan kecil pasangannya."

Petikan 40 Senjata Iblis (Abu Ahmad Yasin)

Thursday, July 8, 2010

Devil & Angel

KNOWN DEVIL IS BETTER THAN UNKNOWN ANGEL.

Saturday, June 26, 2010

Bukan Kerna Nama

Bukan Kerana Nama

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

-Ramli Sarip-

Wednesday, June 2, 2010

Al-Ashr

1. Demi Masa!

2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian

3. Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan kesabaran.