On the way ke Lahad Datu. Transit kat KK ni ha. blur juga lah sekejap. Ni first time aku jejak kat Sabah. Dah macam rusa masuk kampung. Ha3. Sampai je tadi aku call Tuan Faris, baru nak check out daaaa dari Sandakan....melahu la gamaknya aku kat Lahad Datu ni karang.
Ada di Sugut. Boustead Rimba Nilai. stay rumah Tuan Faris. Aiseh, sini pun "parah" juga kalau tak ada "datin", harapkan warung sempoi jer lah dengan kantin kilang kalau nak makan. Macam2 ada....bak kata orang tua2 "jauh berjalan luas pandangan" bertuah rasa duduk di tempat sendiri, tapi masalahnya orang dah twist ayat tu, jadi depa pakai ayat ni, "jauh berjalan, ramai girlfriend" kah3. camno tuuuuuuu
So far, dah 4 hari attend kelas DIPOM2010, rasa ciput jer knowledge yang ada sebelum ni. Banyak lagi yang aku tak tau pasal sawit ni. Banyak juga lah yang dapat di kongsi dari syarikat2 lain selain Boustead Estates group sendiri. Hopefully aku akan dapat menmanfaatkan apa yang dah di serap kat kursus ni untuk improve diri sendiri dan tempat kerja sekarang. Aminnnnn.
Esok nak keluar semula le Lahad Datu, sambung lagi 4 hari kat sana.