Sunday, October 31, 2010

Motorsikal dan Lubang Lumpur

I am wondering if this guy can make it, passing through the POND ???!!!


Wahh!! Very daring maaaa...hantam saja lah...


Still smiling...with his childrens at the back...


Thanks God....


My new DSLR now worth for something....ha3..

YB- Yang Bekerja!

 Aiya! Lambat aku tunggu nak snap gambar hang ni!

I ride it my style!
Rasa macam drive saya punya BMW lah! Tidak sabar mau balik kampung dah ni......

Thursday, October 28, 2010

Rakyat Yang Kreatif

Sepanjang perjalanan di Jalan lapok, Miri baru-baru ni. Papan-papan tanda hasil kreativiti masyarakat di sini. Bukan niat menghasut yer...sekadar berkongsi apa yang aku jumpa di pedalaman Sarawak ni. Sama-sama lah kita fikir dan nilai kan.


Kreativiti 1


Sebab-sebab nya seperti foto di bawah:-





 
Kreativiti 2


Sebab-sebabnya :-



Kreativiti-kreativiti lain....sebab-sebabnya tak larat aku nak upload Bukan jauh pun, kurang lebih 42 kilometer jer HIGHWAY nya. Cukuplah agaknya setakat apa yang aku upload kat sini. Selebihnya...biar kawan-kawan yang lain upload. Mungkin dia orang pun nak share dengan kita semua KREATIVITI-KREATIVITI orang-orang pedalaman ini.









Sunday, October 17, 2010

Highway Lapok


Ke Miri melalui Highway Lapok yang di turap dengan lumpur dan air hujan yang bertakung.

Saturday, October 9, 2010

Perjuangan

SELAGI NYAWA DIKANDUNG BADAN,
SELAGI 13 SENDI MASIH UTUH BERDIRI,
SELAGI HIDUP RASA BERTUHAN,
SELAGI SIRR MENJADI AMALAN,
AGI IDUP AGI NGELABAN!

Ikan & Arus

"Pada aliran arus air yang deras, ikan-ikan selalunya mudik menentang arus. Ikan yang mengikuti aliran arus air itu hanyalah ikan yang telah mati.

Begitulah, manusia juga harus berjuang menempuh segala rintangan dan halangan untuk memenuhi hak asasinya sebagaimana ikan yang menentang arah laluan arus itu.

Maka sesiapa yang membiarkan nasib dirinya dilanda peristiwa-peristiwa negatif, adalah laksana ikan yang telah lama mati"

40 Senjata Iblis
Abu Ahmad Yasin

Friday, October 8, 2010

Marah

" Seorang hakim yang tidak mampu menahan marahnya, tidak akan mampu memutuskan perkara dengan adil.
Seorang pemimpin yang mudah terbakar nafsu marahnya, tidak akan mampu memberikan jalan keluar bagi rakyatnya. Justeru, dia akan sentiasa menimbulkan permusuhan di dalam masyarakatnya.
Begitu pula pasangan suami isteri yang tidak memiliki ketenangan jiwa, tidak akan mampu melayarkan bahtera hidupnya dengan sempurna kerana masing-masing tidak mampu memejamkan mata atas kesalahan kecil pasangannya."

Petikan 40 Senjata Iblis (Abu Ahmad Yasin)

Wednesday, October 6, 2010

Zikir

Badan panas ketika berzikir.

Wednesday, August 11, 2010

Sunday, August 1, 2010

ASAL TANAH PULANG KE TANAH

KU BERJALAN DI MUKA BUMI, MENUNDUK DAKU MEMANDANG ASAL-USUL KU, KUPANDANG LANGIT TINGGI TAK TERGAPAI, TIADA AKU TANPA IZIN ILAHI, KU PANDANG KE BUMI MENGHINA DIRI, TUJUH PETALA LANGIT, TUJUH PETALA BUMI, BELUM LAGI DAPAT KU CAPAI, TIADA TUHAN MELAINKAN ENGKAU, MUHAMMAD INI PESURUH ENGKAU, DEKAT-MU TIDAK BERSENTUH, JAUH-MU TIADA BERJARAK, KU BERDOA DENGAN SETIAP HEMBUSAN NAFAS, KU PINTA DIRI...... KEMBALI PADA-MU

Tuesday, July 20, 2010

Kelebihan Solat Jemaah-Petikan Dari Forwarded Email

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.


Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail) .

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang l engkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Thursday, July 8, 2010

Devil & Angel

KNOWN DEVIL IS BETTER THAN UNKNOWN ANGEL.

Saturday, July 3, 2010

Yesterday, Today & Tomorrow

Yesterday Is History

Tomorrow Is Mystery

Today Is A Gift

Saturday, June 26, 2010

Bukan Kerna Nama

Bukan Kerana Nama

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

-Ramli Sarip-

Thursday, June 24, 2010

Rukun Negara

  1. Kepercayaan Kepada Tuhan
  2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
  3. Keluhuran Perlembagaan
  4. Kedaulatan Undang-Undang
  5. Kesopanan Dan Kesusilaan

Sunday, June 20, 2010

Anak-anak buah

Hari ni opis tutup awal, hari Ahad, pukul 4petang dah tutup kedai, maintenance day. Sibuk anak-anak buah aku ni nak balik awal, gara-gara world cup punya pengaruh. Nak pi main "ball" belakang kilang. Anyway, seronok bila tengok anak-anak buah n i happy, bila depa happy, tadak stress, tadak stress kerja senang jalan.

Think simple, but don't simply think, take thing easy, but don't take it for granted, take it seriously.

Allah tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia2.

Sekian Assalamualaikum.

Saturday, June 19, 2010

Rezeki

Malam tadi aku bersembang dengan mak aku. Macam biasa lah, tanya kabar depa, tanya kabar adik-adik aku, macam mana kampung, dan hal-hal lain yang aku biasa sembang dengan mak abah aku.

Sempat juga lah mak ni menasihatkan aku, supaya bekerja dengan sejujurnya, patuh perintah ketua, jangan lawan ketua, pandai-pandailah bawa diri kat tempat orang dan hal-hal lain yang memang dia akan sebut dan ulang tiap kali aku telepon. Bagus juga mak aku pesan-pesan macam tu, kurang-kurang aku sentiasa beringat. Dia tanya macam mana anak isteri aku, so far ok jer aku jawab, anak-anak dah makin besar, makin cerdik.

Isteri aku pun dah sambung study, ada juga mak aku ni tanya, cukup ke tak makan pakai korang ni, rumah, kereta, duit belajar, nak bayar semua tu, aku jawab lah, setakat ni, Alhamdulillah, memang aku pun selalu kering, tapi entah lah, rezeki tu tak pernah putus, kadang-kadang tu, memang lah paras-paras hidung, tapi lega semula, bukan kata aku pi rompak bank ka, main loteri ka, pau duit orang ka, tapi duit aku ni duk berpusing, duit claim, duit gaji, elaun, jual gambir,side income lain tak boleh nak kabor kat sini lah dan ada masanya, tengah sengkek, datang pulak duit cukai pendapatan terlebih bayar. Alhamdulillah, rezeki..... Doa yang aku selalu mintak YA ALLAH PERMUDAHKAN REZEKI KAMI, PERMUDAHKAN LAH URUSAN DUNIA DAN AKHIRAT KAMI.

Kalau nak kata aku duk bergantung pada duit isteri aku, isteri aku manalah bekerja. Kadang-kadang bila aku duk berdua dengan isteri ni, kami saling bertanya, macam mana boleh cukup ekkkk? Padahal kira-kira, dah tenggelam dah hidung ni! Entahlah.....

Apa pun aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang ni, dan akan aku usahakan untuk mendapat yang lebih baik lagi. Semoga usaha kami mencari rezeki yang halal di redhai dan rezeki kami diberkati. Aminnnnnn

Al Baqarah 285-286

285. Rasul telah beriman kepada Al Qur'an yang diturunkan kepadanya

dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya

beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan

rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): "Kami tidak membeda-bedakan

antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan

mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami ta'at." (Mereka berdo'a):

"Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali."



286. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan


kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang

diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang

dikerjakannya. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau

hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami,

janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana

Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami,

janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami

memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami.

Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang

kafir."

Ayat Seribu Dinar

At-Talaq [2] ……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),



At-Talaq [3] Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Sunday, June 13, 2010

Kepimpinan - Leadership

Assalamualaikum,

Aku tengah bersantai di KLIA, sambil menunggu flight seterusnya untuk ke Miri. Aku melintas di kedai buku tadi dan terpandang beberapa buku tentang kepimpinan, strategi peperangan dan beberapa buku motivasi diri yang pernah dan belum pernah aku baca.

Terdetik dalam hati aku, kenapa kebanyakan orang kita sama ada melayu atau pun Islam sekarang ni, ramai yang mengambil idola mereka dari kalangan bukan Islam, ahli-ahli perniagaan bukan Islam, dan sebagainya, yang pastinya bukan Islam. Tidak salah kita mengambil pelajaran atau pengajaran dari pengalaman, atau teknik pengurusan mereka, tetapi kenapa kita sebagai Muslim tidak meletakkan kepimpinan Rasulullah, para sahabat dan pemuka-pemuka Islam sendiri sebagai " idola priority" mereka sebagai panduan dan rujukan.

Atau paling-paling tidak pun kita ada beberapa tokoh motivasi yang terkenal yang mengambil Al-Quran dan Sunnah sebagai dasar motivasi dan asas pengurusan mereka. Tidak di nafikan aku sendiri pernah membaca buku-buku tulisan John C.Maxwell, Sun Tzu, Stephen Covey dan beberapa buku lagi yang berkaitan motivasi dan pengurusan, tak juga aku nafikan mereka melalui pengalaman mereka telah memacu kumpulan mereka dan kumpulan yang mengikuti mereka ke satu pencapaian yang memberangsangkan, hebat dan menjadi sebutan pada semua orang.

Tetapi aku sendiri pun apabila, menelusuri dan mendalami pengalaman mereka ini semua, pada aku terdapat kekurangan (pada aku lah, orang lain aku tak tau!). Sentuhan kerohanian tak ada! Baca, faham, praktik, berhasil, tetapi tak ada kepuasan!. Puas sebab berjaya mempraktik kan apa yang kita dah faham, tetapi KOSONG!

Tetapi ini pendapat aku sendiri, mungkin tulisan ini macam tergantung, tetapi, macam kawan aku pernah bagitau, "SEBUAH FILEM YANG BAIK ADALAH FILEM YANG MEMBUATKAN PENONTON BERFIKIR".....so mungkin juga dengan harapan bila tulisan ni tergantung, pembaca akan menilai dan berfikir sendir, TEPUK DADA TANYA IMAN....

Yang baik dan yang buruk adalah dari Allah, tetapi yang buruk itu adalah di sebabkan kejahilan dan kedaifan ilmu diriku ini.

Wassalam...

Saturday, June 12, 2010

Khutbah Jumaat

Semalam khutbah dimulakan oleh khatib dengan ayat " Demi Masa!, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang ber amal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran".

Khatib kemudian menghuraikan dan mengaitkan dengan isu semasa iaitu kes-kes BUANG BAYI yang kerap kita dengar kebelakangan ini. Khatib menyatakan ayat " WALA TAKRABUL ZINA....". Khatib juga menghuraikan sebab-sebab dan faktor yang patut dipertimbangkan kepada meningkatnya kes pembunuhan dan buang bayi.

Sebagai penutup, khatib menasihatkan jemaah supaya bersama-sama untuk mencegah perkara-perkara mungkar dan memperbaiki diri dan amalan supaya dapat mencapai ketaqwaan terhadap Allah.

Cuma semalam aku sebak sikit bila khatib terus buka ayat DEMI MASA, tak tau kenapa, tapi memang sebak, masa khatib baca doa yang lain-lain pun, aku "nampak" benda lain. Masa imam panggil "AS SOLAHHHHHHHHHH, aku rasa nak gugur dah air mata, bila imam baca 2 surah terakhir al-baqarah....aku macam nak suruh imam sambung lagi surah lain......

Bila imam berdoa dengan ayat syifa' ....bertambah pilu hati...

Monday, June 7, 2010

Kepulangan Yang Dinantikan, Pemergian Yang di Alu-alukan

Biarlah menjadi suatu cerita tersirat, biarlah menjadi misteri tak terungkai, biarlah menjadi pengalaman berguna buat panduan di masa depan.

Sunday, June 6, 2010

Sains Makrifat

Artikel ini di ambil dari http://aku-ok.com/ milik Dr Muhd Azhar. Aku secara tak sengaja "termasuk" ke laman web beliau dan terjumpa beberapa kandungan artikel yang sangat menarik, dan salah satu nya adalah yang aku paste kan di sini setelah meminta keizinan beliau. Harapan agar usaha beliau ini berterusan dan ilmu yang di sebarkan berkembang luas. Insyaallah.

Selamat membaca. Jika terdapat kemusykilan, bolehlah bertanya kepada penulis dan  mungkin juga pembaca mempunyai murshid sendiri yang mampu menerangkan isi patinya.

Artikel mula.

Mungkin anda terkejut membaca tajuk di atas tetapi selepas ini mungkin anda mula terbuka dalam membicarakannya. Jarang sekali saya membicarakannya secara terbuka kerana ditakuti berlakunya salah faham tentang definisi namun kali ini jiwa saya begitu kuat untuk membicarakannya sebagai pembuka minda kepada semua para pembaca betapa selama ini kita sering bertelingkah atas perkara yang seharusnya menjadi kekuatan dalam hidup kita. Sebelum kita pergi lebih lanjut, saya suka memaklumkan bahawa kupasan yang bakal anda baca mungkin merubah pandangan anda terhadap apa yang dikatakan makrifat kerana saya lebih suka melihatnya dari sudut sains minda berbanding sudut yang biasa kita dengar. Mungkin tak ramai yang mengetahui bahawa orang barat sudah lama mengintai akan hal ini lalu dilakukan kajian untuk membuktikan keberkesanannya dalam mengharungi hidup.




Saya selalu bertanya kepada mereka yang datang kepada saya mengenai duduk perkara ini. Soalan saya mudah dan mungkin sesiapapun boleh menjawabnya… berapa ramai dikalangan kita yang bertelagah tentang hal ini? Pernah satu ketika saya mengadakan latihan dan terdapat dua kumpulan yang datang dari negeri berbeza. Sewaktu berhenti rehat, mereka berbual sesama sendiri dan amat mengejutkan saya apabila salah seorang dari mereka bertanya “guru kamu sudah kasyaf dan duduknya di makam mana?” sebelum sempat soalan dijawab, saya yang dari tadi memasang telinga terus menyampuk “saya minta maaf kerana mencelah, program saya berkisar tentang sains minda dan sains kejiwaan, jadi tolong elakkan soalan-soalan sebegini walaupun bukan dalam kelas latihan.” Tergamam mereka dengan ketegasan saya tetapi saya ada sebab munasabah disebalik itu kerana selalunya hanya berpunca dari soalan-soalan sedemikian mulalah api pergeseran berlaku, siapakah yang bakal rugi? Bukankah lebih baik tidak dibincangkan hal yang di luar jangjauan akal kita. Saya kemudiannya menggunakan kesempatan dalam satu slot latihan program untuk membuka kembali topik yang dibualkan mereka dengan tujuan untuk membuka satu dimensi baru dalam pemikiran mereka. Saya menyatakan kepada mereka bahawa kita sering mendengar perihal empat perkara: syariat, tariqat, hakikat dan makrifat, maka buktikan kepada saya kedudukannya dalam kehidupan dalam sains minda yang ringkas, tidak perlu formula, memadailah dengan sedikit kupasan dan impaknya dalam kehidupan. Inilah yang mungkin kita terlepas pandang, inilah yang mungkin kita alpa hingga masyarakat barat mengambil sistem ini dalam memajukan negara mereka dan membina diri mereka untuk menempuh setiap cabaran dalam hidup. Namakan sesiapa dari barat yang terkenal tentang sains kejiwaan, deepak chopra, joe vitale, bob proctor atau siapa sahaja, jika kita lihat dan tahu kaedah yang mereka guna pakai ianya tidak lari dari mengambil kupasan syariat, tariqat, hakikat dan makrifat. Bezanya mereka dan kita ada dua, pertama, mereka tidak bertelagah untuk melihat siapa lebih benar dan kedua mereka mengkaji dan mempraktikkannya.



Saya melihat syariat, tariqat, hakikat dan makrifat juga dari sudut yang berlainan dan secara mudahnya ianya ditukarkan kepada PQ (syariat), IQ (tariqat), EQ (hakikat) dan SQ(makrifat). PQ, IQ, EQ, SQ sudah banyak dibincangkan oleh barat dan kita tertinggal dalam membawanya dalam kehidupan kerana kita leka dengan melihat siapa lebih tinggi darjatnya sedangkan hanya Allah swt yang tahu siapa lebih bertaqwa diantara kita. Hari ini ramai yang menyebut SQ tetapi masih samar-samar apakah dia yang dikatakan dengan SQ. Dek kerana itu kita sering tergiur dengan cerita SQ walaupun kita sebenarnya tidak tahu apa itu SQ dan mungkin juga yang menceritakannya tidak tahu apa itu SQ. Saya mengambil satu lagi pendekatan yang lebih mudah untuk kita fahami dalam bahasa yang cukup mudah supaya tidak sesat dalam terang. . Secara mudahnya manusia ini dapat dikatakan mempunyai tiga jenis tubuh yakni tubuh zahir (fizikal) PQ, tubuh batin ( minda dan emosi) IQ dan EQ serta tubuh rohani (spiritual) SQ. Maka setiap tubuh ini mempunyai pandangan yang berbeza terhadap setiap kejadian bergantung dengan siapa ketua mereka. Jika tubuh zahir yang menjadi ketua maka selalunya ia akan disertai dengan hawa panas yang merimaskan tetapi jika sebaliknya tubuh spiritual yang dijadikan ketua yang membentuk pandangan kolektif manusia terhadap kehidupan maka setiap kejadian itu akan dilihat sebagai satu rahmat.



Saya suka membuat analogi dalam menerangkan sesuatu supaya kita dapat melihatnya dengan jelas lagi faham. Kita ambil satu senario yang mana kita sedang menunggu seorang teman yang berjanji untuk bertemu dengan kita pada jam 3 petang. Demi mengelakkan kesesakan jalan raya, anda mengambil keputusan untuk keluar dari rumah lebih awal agar dapat sampai ke tempat yang dituju sebelum jam 3 petang. Rancangan anda membuahkan hasil apabila anda dapat sampat ke tempat yang dijanjikan lebih awal iaitu kira-kira jam 2.40 petang. Anda kemudiannya mengandaikan yang teman anda akan dating selewat-lewatnya jam 3 petang sesuai dengan perjanjian sebelumnya. Anda mengambil satu keputusan untuk duduk menunggu teman anda di ruang menunggu sambil anda dapat dapat melihat keadaan sekeliling. Namun setelah lebih setengah jam menanti anda tidak melihat lagi kelibat teman anda di kawasan tersebut. Usaha anda seterusnya ialah menghubungi beliau namun dia tidak dapat dihubungi. Anda makin resah dan mula merasa kecewa bercampur geram. Sepuluh minit kemudia teman anda datang sambil memohon maaf atas kelewatannya. Dia kemudiannya menerangkan yang dia tersangkut dalam kesesakan jalanraya apabila kereta di hadapannya mendapat kemalangan. Sekali lagi dia memohon maaf kepada anda.



Jika kita lihat lebih dalam terhadap kejadian ini dan melihat dari perspektif mana anda menilai sesuatu kejadian maka kita akan melihat perbezaan impak kejadian terhadap hidup anda. Jika anda melihatnya dengan zahir kemudian batin dan barulah spiritual, maka impaknya adalah negatif kerana anda resah, marah, kecewa dan akhirnya mungkin bermasam muka.

Apabila anda melihat dengan

(1) ZAHIR – mata anda akan memerhatikan sekeliling, anda akan mula merasa dilihat dan anda juga mula malu. Maka anda akan cenderung melihat jam yang pada perkiraan anda mungkin lambat dan membosankan.

(2) BATIN anda yang terdiri dari MINDA dan EMOSI mula memberi reaksi terhadap apa yang anda lihat dan dengar. Elemen emosi yang berada dalam lingkungan batin akan mula mula memberi reaksi negatif terhadap kejadian menunggu teman anda tadi. Minda anda mula memikirkan sesuatu alasan negatif yang menyebabkan dia lambat sampai, mungkin kerana dia bersiap lewat atau seumpamanya. Anda mula beremosi, anda mula kecewa, anda juga mula untuk marah kepada teman anda kerana kelewatannya. Minda anda akan berkata-kata dan ianya secara tidak langsung ia kini mengusik ketenteraman tubuh spiritual anda Minda anda mula mencari jalan keluar dan harus anda ingat dalam keadaan beremosi jalan keluar yang selalu diambil adalah kurang rasional.

(3) Tubuh SPIRITUAL anda anda mengalami ketidaktentuan kerana konflik yang dicetuskan oleh minda dan emosi. Emosi sering mengganggu minda dalam memberi pandangan yang bernas terhadap satu-satu kejadian. Justeru itu jika anda mengamalkan pengamatan terhadap hidup dengan aturan pandangan zahir, batin dan spiritual, anda akan mudah berada dalam lingkungan emosi yang saya gelar emosi murahan. Ini kerana anda amat mudah terkesan dengan setiap kejadian bahkan jika satu-satu kejadian itu baik tetap juga dipandang serong kerana anda sering dikuasai oleh impak pandangan batin yang beremosi dan minda yang sering mencari jalan keluar. Maka kebaikan itu juga akan dilihat buruk kerana jalan keluar dari kebaikan itu mengikut pandangan minda anda ialah mencari salahnya.



Tetapi jika anda seorang yang mengamalkan aturan pandangan mengikut susunan yang diketuai oleh tubuh spiritual maka impaknya adalah kebahagian dan ketenangan. Tiada lagi emosi murahan yang mampu menggugat ketenteraman jiwa anda bahkan anda akan menjadi seorang yang sering berfikiran rasional biar apapun keadaan yang menimpa. Jika kita ambil kembali senario kejadian tadi yang dilihat pada pandangan awalnya ialah (1) SPIRITUAL, maka jiwanya tenteram kerana dia redha dengan keadaan yang kini perlu dihadapi iaitu menanti kedatangan temannya. Dia redha kerana dia tahu bahawa Allah swt mengaturkan segalanya. Dia tahu bahawa kelewatan temannya itu pasti bersebab kerana disebalik setiap kejadian itu ada sebabnya. Daripada ibni abbas katanya : pada satu hari saya berada dibelakang nabi saw. Maka sabdanya “hai budak! Aku mahu ajar kamu beberapa kalimah : Awasilah Allah, Dia pasti akan memeliharamu. Peliharalah Allah pasti Dia berada disampingmu. Bila engkau minta, maka mintalah Allah, bila mahu pertolongan, minta tolonglah daripada Allah. Ketahuilah sekiranya umat manusia bekerjasama menolongmu mereka tidak dapat menolong melainkan apa yang ditulis Allah dan sekiranya mereka bekerjasama untuk menyakitimu, mereka tidak dapat berbuat apa-apa selain dari apa yang telah disuratkan Allah. Pena sudah diangkat dan buku sudah ditutup” (HR Tarmizi). Jika mereka mengabil pandangan spiritual sebagai pandangan awal maka mereka akan dapat menghayati hadis ini yang mana setiap kejadian itu telah disuratkan dan kita perlu redha. Bertolak dari titik itu dia akan memberi laluan pandangan kepada batin. (2) BATINnya akan tersusun kerana MINDA akan mula memahami hikmah di sebalik kejadian. Minda akan menilai setiap perjalanannya yang mungkin dapat memberi satu ilmu pengetahuan. Dia dapat mempelajari sesuatu dari kejadian itu hasil pengamatan terhadap keadaan sekelilingnya. Pemahanan itu meredam emosi negatif yang melonjakkan emosi positif ke hadapan. Dia akan berterima kasih ke hadarat ilahi atas kurniaan ilmu yang diperolehinya dari penantian seorang teman. (3) tubuh ZAHIR akan bereaksi sesuai dengan emosi positif yang mendominasinya. Dia tersenyum bahagia ketika menyambut kadatangan temannya biarpun lewat dan mendengar butiran keterangan dari si teman dengan sepenuh jiwa. Jika anda dapat melazimkan amalan dengan melihat setiap kejadian dari sudut (1) spiritual (2) batin dan akhirnya (3) zahir, anda insya Allah akan sering berhadapan dengan pengalaman yang menyenangkan dan anda juga menjadi seorang yang bijak dalam membuat sebarang keputusan. Jika anda memilih untuk terus menjadikan pandangan zahir sebagai pandangan awal anda, anda telah membawa masuk ketidaktentetraman kepada batin yang akan membuatkan jiwa anda tertekan.



Inilah sains makrifat yang awal, jika kita faham bahawa ianya bukan untuk dijadikan bahan telagahan tetapi dijadikan wadah dalam melihat rencana kejadian, insya Allah hilanglah duka terbitlah ceria. Ubahlah pandangan anda melalui sains makrifat atau pun sains spiritual yang benar supaya setiap apa yang terjadi sentiasa manis rasanya kerana Allah swt sentiasa membahagiakan dan rahmatNya sentiasa mendahului kemurkaanNya. Sudah menjadi satu trend hari ini dimana subjek seperti ini menjadi tajuk utama bahan dagangan hingga kita tidak sedar bahawa keperluan ilmu dalam membicarakannya. Satu sikap yang perlu kita ubah adalah bermain dengan emosi dan rata-rata program latihan di malaysia ini masih duduk ditakuk lama kerana tidak beranjak dalam kelompok motivasi. Kita sering terpukau dengan keberadaan emosi yang dimainkan hingga membuat kita menangis dan ‘rasa insaf’. Hakikat yang perlu kita akui adalah rasa keinsafan itu hanya seketika bahkan tidak melekat seperti yang diperlukan. Kita hanya dapat berbangga dengan program yang kita lalui dan kita berbangga menceritakan tangisan yang kita alami sewaktu program dijalankan. Adakah dengan tangisan kita dapat mengubah persepsi hidup?, adakah dengan tangisan kita dapat menjadi manusia baharu? Jika kita berfikiran benar ianya mengubah maka jawapan dari sudut sains minda yang sebenar tidak. Kajian demi kajian telah dilakukan dibarat untuk membuktikan bahawa kita lebih banyak menghabiskan wang ringgit untuk ‘merasa’ positif walaupun sebenarnya jauh dari berada dalam ruang lingkup kepositifan. Hal yang patut kita fahami adalah hakikat diri sebenar yang sering kita alpakan. Bercerita tentang hakikat diri, ramai sungguh yang mencari hingga jauh mengembara, ada juga ke hutan rimba hanya ingin mencari diri sendiri. Benarkah kita terpaksa mengembara sejauh itu, sesusah itu untuk mencari diri sendiri. Mungkin saya berpandangan tidak sama seperti kebanyakan orang namun saya percaya ramai di luar sana yang mempunyai pandangan yang sama seperti saya. Pada saya, kita tidak perlu mencari diri kita jauh hingga ke hutan rimba kerana diri kita ada pada kita, yang tiada adalah kefahaman tentang diri kita dan bagaimana persepsi kita terhadap kehidupan. Bagi membetulkan persepsi terhadap hidup, kita hanya perlu membuka ruang minda supaya lebih terbuka dan belajar untuk menjadi terbuka, kemudian belajar untuk berfikir secara kritikal dan akhirnya membuat persepsi baru. Kita hanya perlu melihat ke dalam diri sistem yang kita gunakan dalam mencari ilmu. Saya dahulu seperti itu juga yang mencari diri hingga akhirnya kelelahan. Namun dengan sifat Allah swt yang maha pengasih lagi maha bijaksana dan seperti janjiNya, jika kita berjalan ke arahNya, Dia berlari ke arah kita, akhirnya saya diberikan jalan-jalan keluar dalam kebuntuan mencari diri. Rupanya kesilapan yang berlaku hanyalah sistem persepsi yang sudah terbalik hingga kita tanpa sedar meletakkan Allah swt di posisi yang tidak sepatutnya. Kita juga lebih melihat pandangan ‘tok guru’ dari melihat saranan baginda saw. Bukankah baginda saw sudah lengkap perlaksanaannya dan yang perlu hanya memahami apa yang disarankannya dan keterkaitan dalan kehidupan kita hari ini. Jika kita sudah berjaya dalam mengubah sistem persepsi, maka kita tidak perlu bersusah payah mengeluarkan air mata hanaya kerana dimainkan emosi dan apabila pulang hilang air mata dan yang ada hanya cerita kisah rasa sedih untuk disampaikan. Itu belum lagi dinamakan perubahan. Jangan pula kita sangka mereka yang sudah menukar sistem persepsi tidak menangis bahkan sebenarnya mereka lebih banyak menangis dan lebih sensitif perasaannya. Mereka menangis bukan kerana dimainkan emosi oleh orang lain, mereka menangis bukan kerana orang disebelah mereka menangis, mereka menangis bukan kerana mereka terpaksa dan dipaksa menangis tetapi mereka menangis kerana rasa cinta dan rindu kepada allah swt dan rasulNya. Mereka tidak memerlukan orang lain dalam memainkan emosi kerana jiwa dan raga mereka milik Allah semata, solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Alalh swt. Tiada lain melainkan Dia. Kasih sayangNya menghidupkan aku dalam pancaroba dunia, ilmuNya menyuluh jalan yang gelap lagi berduri. Marilah kita mencuba untuk mengubah persepi hidup kita, bagaimana kita melihat sesuatu kejadian. Kita perlu faham sebenar-benar faham bahawa kita mampu mengubah orang lain tetapi kita mampu mengubah diri sendiri. Perubahan diri sendiri yang amat perlu adalah melihat sesuatu kejadian dari sudut spiritual dahulu baru diakhiri dengan zahir. Keadaan ini akan memberi impak dalam kasih sayang dan cinta kita kepada Allah swt. Hilang ego, hilanglah taksub kepada manusia, yang tinggal kebergantungan kepada Allah swt. Kita perlu tanamkan dalam diri kita sekukuhnya bahawa tiada satupun perencanaan Allah swt itu silap, yang silap hanyalah bagaimana kita melihat keadaan. Kesilapan timbul kerana keinginan kita berlawanan dengan kehendak Allah swt. Jika kita melihat kejadian itu sebagai perencanaan Allah swt dan kehendak Allah swt itu kita ikuti tanpa bantahan maka kita akan dapat melihat kemanisan cintaNya bukan kepahitan jiwa yang bernafsu. Hentikanlah permainan tangis emosi yang hanya memberi kerugian diakhirnya, biarkan tangisan itu datang dari jiwa yang mencintai dan ingat, cinta itu tidak dipaksa dan jika ada unsur paksa itu bukan cinta melainkan permainan ilusi. Janganlah meletakkan ketaksuban kepada manusia kerana hanya Allah swt yang layak untuk itu. Jangan kita berlaku sombong kerana itu selendangNya. Lakukanlah apa yang disarankan oleh baginda saw kerana baginda tahu jalan terbaik dalam mencapai cinta Allah swt. Apabila kita mengikut saranan baginda pasti akan keluar juga tangis sendu tetapi bukan dikhalayak yang berlumba sendunya, hanya dalam diri secara sendirian kerana rahsia cinta tidak mampu dikupas dengan ucapan mahupun ilusi

Artikel Tamat

Friday, June 4, 2010

Ketenangan, Kesabaran, Pedoman & Petunjuk

Ya Allah ya Tuhan ku, berikan aku ketenangan dan kesabaran ketika menghadapi apa jua situasi, pedoman dan petunjuk ketika membuat sebarang keputusan. Berikanlah aku kejayaan dalam apa jua yang aku usahakan. Tiada daya upaya ku melainkan dengan kekuatan dari Mu ya Allah.

Wednesday, June 2, 2010

Al-Ashr

1. Demi Masa!

2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian

3. Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan kesabaran.

Tuesday, June 1, 2010

HUKUM KENCING SAMBIL BERDIRI

HUKUM KENCING SAMBIL BERDIRI


"Artikel ini petikan dari email yang di forward kepada saya, infonya sangat berguna sebagai panduan amalan seharian kita. Harap dapat menjadi rujukan yang baik untuk semua. Pesan Baginda Rasulullah, "Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat"."


Ada lima hadits yang membicarakan mengenai masalah ini. Tiga hadits adalah hadits yang shahih. Sedangkan dua hadits lainnya adalah dho’if (lemah).



Hadits Pertama

Hadits pertama ini menceritakan bahwa istri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yaitu ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha mengingkari kalau ada yang mengatakan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi pernah kencing sambil berdiri.

‘Aisyah –radhiyallahu ‘anha- mengatakan,

مَنْ حَدَّثَكُمْ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَبُوْلُ قَائِمًا فَلاَ تُصَدِّقُوْهُ مَا كَانَ يَبُوْلُ إِلاَّ قَاعِدًا

“Barangsiapa yang mengatakan pada kalian bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah kencing sambil berdiri, maka janganlah kalian membenarkannya. (Yang benar) Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa kencing sambil duduk.” (HR. At Tirmidzi dan An Nasa’i. Syaikh Al Albani mengatakan dalam As Silsilah Ash Shahihah no. 201 bahwa hadits ini shahih). Abu Isa At Tirmidzi mengatakan, “Hadits ini adalah hadits yang lebih bagus dan lebih shahih dari hadits lainnya tatkala membicarakan masalah ini.”

Hadits Kedua

Hadits ini menceritakan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah kencing sambil berdiri. Bukhari membawakan hadits ini dalam kitab shahihnya pada Bab “Kencing dalam Keadaan Berdiri dan Duduk.”

Hudzaifah –radhiyallahu ‘anhu- mengatakan,

أَتَى النَّبِىُّ ، ( صلى الله عليه وسلم ) ، سُبَاطَةَ قَوْمٍ ، فَبَالَ قَائِمًا ، فَدَعَا بِمَاءٍ ، فَجِئْتُهُ بِمَاءٍ ، فَتَوَضَّأَ

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mendatangi tempat pembuangan sampah milik suatu kaum. Lalu beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam kencing sambil berdiri. Kemudian beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam meminta diambilkan air. Aku pun mengambilkan beliau air, lalu beliau berwudhu dengannya.” (HR. Bukhari no. 224 dan Muslim no. 273).

Hadits ini tentu saja adalah hadits yang shahih karena disepakati oleh Bukhari dan Muslim. Ibnu Baththol tatkala menjelaskan hadits ini mengatakan, “Hadits ini merupakan dalil bolehnya kencing sambil berdiri.”[1]

Hadits Ketiga

Hadits berikut menunjukkan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah kencing sambil duduk.

‘Abdurrahman bin Hasanah mengatakan,

خَرَجَ عَلَيْنَا النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ فِي يَدِهِ كَهَيْئَةِ الدَّرَقَةِ قَالَ : فَوَضَعَهَا ، ثُمَّ جَلَسَ فَبَالَ إِلَيْهَا

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah keluar bersama kami dan di tangannya terdapat sesuatu yang berbentuk perisai, lalu beliau meletakkannya kemudian beliau duduk lalu kencing menghadapnya.” (HR. Abu Daud, An Nasa’i, Ibnu Majah, dan Ahmad. Syaikh Al Albani dalam Misykatul Mashobih mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Hadits Keempat

Hadits berikut ini membicarakan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah melarang Umar kencing sambil berdiri, namun hadits ini adalah hadits yang dho’if (lemah).

‘Umar –radhiyallahu ‘anhu- berkata,

رَآنِى رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَبُولُ قَائِمًا فَقَالَ :« يَا عُمَرُ لاَ تَبُلْ قَائِمًا ». قَالَ فَمَا بُلْتُ قَائِمًا بَعْدُ.

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melihatku kencing sambil berdiri, kemudian beliau mengatakan, “Wahai ‘Umar janganlah engkau kencing sambil berdiri.” Umar pun setelah itu tidak pernah kencing lagi sambil berdiri.” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Syaikh Al Huwainiy –ulama hadits saat ini- mengatakan, “Ibnul Mundzir berkata bahwa hadits ini tidak shahih. Adapun Asy Syaukani sebagaimana dalam As Sail Al Jaror mengatakan bahwa As Suyuthi telah menshohihkan hadits ini!! Boleh jadi As Suyuthi melihat pada riwayat Ibnu Hibban. Lalu beliau tidak menoleh sama sekali pada tadlis yang biasa dilakukan oleh Ibnu Juraij. Sebagaimana kita ketahui pula bahwa As Suyuthi bergampang-gampangan dalam menshohihkan hadits. Kemudian hadits ini dalam riwayat Ibnu Hibban dikatakan dari Ibnu ‘Umar. Namun sudah diketahui bahwa hadits ini berasal dari ‘Umar (ayah Ibnu ‘Umar). Saya tidak mengetahui apakah di sini ada perbedaan sanad ataukah hal ini tidak disebutkan dalam riwayat Ibnu Hibban?!”[2]

Syaikh Al Albani –rahimahullah- mengatakan, “Hadits ini dho’if (lemah). Yang tepat, tidaklah mengapa seseorang kencing sambil berdiri asalkan aman dari percikan kencing. Al Hafizh Ibnu Hajar dalam Al Fath mengatakan, “Tidak terdapat dalil yang shahih yang menunjukkan larangan kencing sambil berdiri.” Dari Nafi’, dari Ibnu ‘Umar, dari ‘Umar, beliau berkata, “Aku tidak pernah kencing sambil berdiri sejak aku masuk Islam”. Sanad hadits ini shahih. Namun dari jalur lain, dari Zaid, beliau berkata, “Aku pernah melihat ‘Umar kencing sambil berdiri”. Sanad hadits ini juga shahih. Oleh karena itu, hal inilah yang dilakukan oleh ‘Umar dan ini menunjukkan telah jelas bagi ‘Umar bahwa tidak mengapa kencing sambil berdiri”.”[3]

Hadits Kelima

Hadits berikut menunjukkan bahwa kencing sambil berdiri adalah termasuk perangai yang buruk, namun hadits ini juga adalah hadits yang dho’if (lemah).

Dari Buraidah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ثلاثٌ مِنَ الجَفاءِ أنْ يَبُولَ الرَّجُلُ قائِماً أوْ يَمْسَحَ جَبْهَتَهُ قَبْلَ أنْ يَفْرَغَ مِنْ صَلاتِهِ أوْ يَنْفُخَ في سُجُودِهِ

“Tiga perkara yang menunjukkan perangai yang buruk: [1] kencing sambil berdiri, [2] mengusap dahi (dari debu) sebelum selesai shalat, atau [3] meniup (debu) di (tempat) sujud.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dalam At Tarikh dan juga oleh Al Bazzar)

Syaikh Al Huwaini –hafizhahullah- mengatakan, “Yang benar, hadits ini adalah mauquf (cuma perkataan sahabat) dan bukan marfu’ (perkataan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam).” Di tempat sebelumnya, Syaikh Al Huwaini mengatakan bahwa hadits ini ghoiru mahfuzh artinya periwayatnya tsiqoh (terpercaya) namun menyelisihi periwayat tsiqoh yang banyak atau yang lebih tsiqoh.[4] Jika demikian, hadits ini adalah hadits yang lemah (dho’if).

Syaikh Al Albani –rahimahullah- mengatakan bahwa hadits ini adalah hadits dho’if (lemah).[5]

Terdapat perkataan yang shahih sebagaimana hadits Buraidah di atas, namun bukan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, tetapi perkataan Ibnu Mas’ud.

Ibnu Mas’ud –radhiyallahu ‘anhu- mengatakan,

إِنَّ مِنَ الجَفَاءِ أَنْ تَبُوْلَ وَأَنْتَ قَائِمٌ

“Di antara perangai yang buruk adalah seseorang kencing sambil berdiri.” (HR. Tirmidzi). Syaikh Al Huwaini mengatakan bahwa periwayat hadits ini adalah periwayat yang tsiqoh (terpercaya). Syaikh Al Albani –rahimahullah- mengatakan dalam Shahih wa Dha’if Sunan At Tirmidzi bahwa hadits ini shahih. Inilah pendapat Ibnu Mas’ud mengenai kencing sambil berdiri.

Menilik Perselisihan Para Ulama

Dari hadits-hadits di atas, para ulama akhirnya berselisih pendapat mengenai hukum kencing sambil berdiri menjadi tiga pendapat.

Pendapat pertama: dimakruhkan tanpa ada udzur. Inilah pendapat yang dipilih oleh ‘Aisyah, Ibnu Mas’ud, ‘Umar dalam salah satu riwayat (pendapat beliau terdahulu), Abu Musa, Asy Sya’bi, Ibnu ‘Uyainah, Hanafiyah dan Syafi’iyah.

Pendapat kedua: diperbolehkan secara mutlak. Inilah pendapat yang dipilih oleh ‘Umar dalam riwayat yang lain (pendapat beliau terakhir), Zaid bin Tsabit, Ibnu ‘Umar, Sahl bin Sa’ad, Anas, Abu Hurairah, Hudzaifah, dan pendapat Hanabilah.

Pendapat ketiga: diperbolehkan jika aman dari percikan, sedangkan jika tidak aman dari percikan, maka hal ini menjadi terlarang. Inilah madzhab Imam Malik dan inilah pendapat yang dipilih oleh Ibnul Mundzir.[6]

Pendapat Terkuat

Pendapat terkuat dari pendapat yang ada adalah kencing sambil berdiri tidaklah terlarang selama aman dari percikan kencing. Hal ini berdasarkan beberapa alasan:

1. Tidak ada hadits yang menyebutkan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang kencing sambil berdiri selain dari hadits yang dho’if (lemah).

2. Hadits yang menyebutkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam kencing sambil duduk tidaklah bertentangan dengan hadits yang menyebutkan beliau kencing sambil berdiri, bahkan kedua-duanya diperbolehkan.

3. Terdapat hadits yang shahih dari Hudzaifah bahkan hadits ini disepakati oleh Bukhari dan Muslim bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah kencing sambil berdiri.

4. Sedangkan perkataan ‘Aisyah yang mengingkari berita kalau Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam itu kencing sambil berdiri hanyalah sepengetahuan ‘Aisyah saja ketika beliau berada di rumahnya. Belum tentu di luar rumah, beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak kencing sambil berdiri. Padahal jika seseorang tidak tahu belum tentu hal tersebut tidak ada. Mengenai masalah ini, Hudzaifah memiliki ilmu bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah kencing sambil berdiri. Jadi, ilmu Hudzaifah ini adalah sanggahan untuk ‘Aisyah yang tidak mengetahui hal ini.

Itulah sedikit ulasan mengenai kencing sambil berdiri. Semoga pembahasan ini bisa menjawab masalah dari beberapa pembaca yang belum menemukan titik terang mengenai permasalahan ini.

Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush sholihaat. Allahumman fa’ana bimaa ‘allamtana, wa ‘alimna maa yanfa’una wa zidnaa ‘ilmaa. Wa shallallahu ‘ala nabiyyina Muhammad wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallam.

Disusun berkat karunia Allah di malam hari, 10 Jumadil Ula 1430 H di rumah mertua tercinta

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal



[1] Syarh Shahih Al Bukhari Libni Baththol, 1/334, Maktabah Ar Rusyd

[2] Al Fatawa Al Haditsiyah Lil Huwainiy, 1/174

[3] As Silsilah Adh Dho’ifah no. 934

[4] Lihat Al Fatawa Al Haditsiyah Lil Huwainiy, 1/295-297

[5] Shahih wa Dho’if Al Jaami’ Ash Shogir no. 6283

[6] Shahih Fiqih Sunnah, Abu Malik, 1/96, Al Maktabah At Taufiqiyah


"Di harap dapat memberi pengajaran dan pedoman" Aminnnnnnnn

Sunday, May 30, 2010

Rotan & Anak

Artikel ni aku dapat daripada email yang isteri tersayang aku forward kat aku. Isteri ni pun dapat artikel ni dari sumber internet. Tetapi pada aku ada sesuatu yang boleh diambil sebagai pengajaran dari cebisan tulisan penulis ini. Aku sendiri pun selepas membaca email dari isteri ni, terus tersandar kat kerusi yang aku duduk sekarang ni. Aku mula terbayang corak didikan yang sudah terapkan pada permata-permata hati aku. Bukan aku tak pernah tahu tentang perkara macam ni, tapi artikel ni umpama peringatan semula terhadap diri insan yang selalu lupa asal usul dan matlamat hidup. Sudilah membaca, semoga sama-sama kita mengambil iktibar dari penulis.

Mula artikel

"Anda kata anda seorang ibu? Anda kata anak lelaki anda berusia 3 tahun? Anda kata anda memarahinya dan merotannya? Umur 3 tahun? Anda memarahi dan merotannya?


Maafkan saya. Walaupun anda datang ke sini meminta doa, izinkan saya memberikan pendapat saya terhadap cara anda melayan anak.

Pada saya, anak pada usia 3 tahun, bukanlah umur yang sesuai untuk dimarah dan dirotan. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana anda sanggup merotan seorang budak berumur 3 tahun. Saya secara jujurnya, amat tidak bersetuju. Anda tahu, anak itu akan membesar menjadi lebih degil, malah kemungkinan dia akan membesar dalam kebencian kepada anda.

Anak, terdapat beberapa peringkat dalam kita hendak memberikan didikan kepadanya. Pertama, peringkat raja. Semenjak lahir, hingga umur sekitar 9-10 tahun, maka dia adalah raja yang kita layan penuh kasih sayang.

Penuh kasih sayang di sini, bukanlah kita turuti apa sahaja permintaannya, dan menyumbatkan dunia dalam hatinya. Tetapi kita didiknya dengan sebaik mungkin. Menumpahkan kasih sayang, mengajarnya dengan lembut, dan bersabar dengan segala kerenahnya. Kalau ada perkara yang kita tidak setuju dengannya, maka kita akan luahkan dengan cara terlembut sekali. Bila dia buat salah atau perkara yang kurang menyenangkan, sepatutnya kita tegur dengan cara yang berhikmah.

Apabila dia berumur sekitar 10 tahun, maka itu adalah fasa dia menjadi hamba. Yakni hamba kepada ibu bapanya. Di situ, kita mula memberikan tugasan-tugasan, menetapkan peraturan kepadanya dan sebagainya. BIla dia membantah, maka ketika itu kita dibenarkan merotannya. Perasankah anda dengan hadith Rasulullah SAW berkenaan mengajar anak solat?

RAsulullah SAW bersabda: Didiklah anak kamu dengan solat semenjak berumur 7 tahun. Bila dia mencapai umur 10 tahun, jika dia membantah, maka pukul lah dia

Lihat. kenapa umur 10 tahun baru kita disuruh menghukum anak? Hal ini kerana, Rasulullah SAW hendak mengajar kita untuk menghukum anak dalam keadaan dia faham kenapa dia dihukum. Kita menghukum bukan kerana kita marah. Kta menghukum sebab kita hendak mendidik. Di dalam jiwa, langsung tiada api kemarahan yang memercik di dalam diri kita saat kita menghukumnya. Jika ada, lebih baik anda jangan menghukum, kerana hasilnya tidak akan menjadi baik. Anak anda akan menjadi orang yang memberontak. Kerana dia nammpak anda menghukumnya kerana memuaskan nafsu amarah anda sahaja.

Kemudian, bila anak berumur belasan tahun, sekitar 15 tahun ke atas, kita perlu menganggapnya sebagai teman kita. Berkongsi masalah dengannya agar dia juga tidak berselindung dengan kita. Fasa ini rasanya tidak perlu saya jelaskan, memandangkan anak anda baru berumur 3 tahun.

Saya hendak nyatakan di sini. Memang ada doa khusus untuk mendoakan anak. Tetapi saya membuat keputusan untuk tidak memberikannya di sini. Percaya bahawa dengan doa sahaja segalanya akan berubah, adalah satu kepercayaan yang tidab benar sebenarnya. Memang, ALLAH boleh lakukan apa sahaja. Tetapi, ALLAH SWT menuntut kita untuk berusaha juga.

Hakikatnya, kalau anda membesarkan anak anda dengan kasih sayang, dan mendidiknya dengan didikan ISLAM yang sebenar, insyaALLAH, ALLAH akan membantu anda, walaupun anda setiap kali lepas solat hanya mendoakan:

Ya ALLAH, jadikanlah anak aku anak yang soleh

Doa anda, dengan usaha anda, akan menarik hijab anda dengan ALLAH, sekaligus ALLAH akan menurunkan pertolonganNya untuk menjaga anak anda.

Pokoknya, bagaimanakah anda membesarkan anak anda?

Dengan rotan sedari umur 3 tahun? Saya tidak nampak bagaimana anak anda hendak mengasihi anda.

Jangan hanya tahu memberi alasan ” Ibu rotan ni sebab ibu sayang”

Adakah anak umur 3 tahun akan faham?

Hentikanlah rotan anda itu. Jagalah anak anda dengan sebaiknya, penuh kasih sayang, bebas dari kebencian, dengan mengharapkan dia membesar mencari redha ALLAH SWT."
Tamat artikel.

Teringat aku pesan MAK BAPAK aku, jangan di pukul anak-anak, jangan terlalu di marah anak-anak, nanti KERAS HATINYA. Ya! ada benarnya! Fikir-fikirkan lah.

Teringat pulak aku kat arwah atuk aku sebelah mak, bukan sebarang juga arwahnya ni, tapi mak aku cerita, marah macam mana pun, tidak dia mengangkat tangan memukul anak-anaknya(mak dan pakcik makcik aku lah tuh), tetapi kalau dah dia naik angin sekali pun, dia akan ambil kain, di LIBAS nya. nasib la siapa yang kena tu. Jangan haraplah kulit tangan arwah ni nak kena pada kulit anak-anak dia (memukul). Lagi satu pesan arwah yang aku ingat, "kalau nak masuk hutan(zaman kita ni, nak pi opis kerja lah), jangan kau toleh lagi kebelakang melihat keluarga kau selepas kau memulakan langkah keluar mencari rezeki!". Bertahun baru aku faham nasihat arwah, bertahun baru aku memahami, mengerti, apa yang tersirat dalam nasihat arwah.

Thursday, May 20, 2010

Lawatan Ke Kilang sawit Tamaco 2 Lahad Datu

Kuning semua, yg tengah tu mill manager Mr Nickall Chan, pakai baju kotak-kotak, sebelah nya Pn Khaizan.

Friday, May 14, 2010

Berjalan Di Muka Bumi Tuhan

Aku ni menulis tak pandai, cakap pun main hentam keromo je dalam blog ni. Apa aku teragak nak taip, aku taip jer. Apa yang datang dari hati aku sendiri, dengan minda waras dan akal yang waspada.

Aku ni tak mintak penghormatan manusia, sebab aku sendiri pun kurang ajar juga sesama manusia. Aku pun tak suka meminta-minta sesama makhluk, insan dan manusia. Biarlah susah sikit, tapi puas hati dengan apa yang aku dapat.

Aku bukan lah tamak sebab aku rasa apa yang aku ada sekarang memang cukup, tapi aku tetap rasa nak dapat lebih, supaya anak bini aku dalam keadaan terjamin.

Aku teringat pesan bapak aku, HIDUP JANGAN MENYUSAHKAN ORANG, so aku ni cubalah sedaya mampu aku supaya aku dan anak bini aku tak menyusahkan hidup orang lain. tapi kadang-kadang aku bengang juga bila orang nak menyusahkan hidup aku dengan keluarga aku. Banyak cara kalau nak di sebut satu persatau CARA-CARA MENYUSAHKAN HIDUP ORANG LAIN.

Aku pernah di tanya NAJIB, APAKAH PERKARA PALING KO BENCI SEPANJANG KARIER KAU? Aku terdiam sekejap sebelum aku jawab, dalam hati aku cakap, AISEH, ORANG NI TADAK SOALAN LAIN KA NAK TANYA...tapi aku jawab gak...BENDA YANG PALING SAYA BENCI SEPANJANG KARIER SAYA, BILA SAYA BUAT PERKARA BAIK UNTUK SEMUA ORANG, UNTUK KEBAIKAN SEMUA ORANG, ORANG TAK HARGAI!

Semester 2 DIPOM 2010

Petang tadi pergi melawat Tamaco Palm OIl Mill. So far menarik juga lah. Mill Manager Mr. Nickall Chan. Banyak juga perkara-perkara atau installation yang mungkin boleh di pertimbangkan untuk pemasangan di kilang sendiri.

Jumpa pulak Mr. Woo, Dolphin Engineering, dia ni orang lama juga dalam industri sawit ni. Lepas sesi soal jawab, kami makan di kantin dan balik terus ke PLASMA, MPOB.

So nak rest dan nak buat kerja-kerja lain yang masih terbengkalai. badan pulak rasa tak sedap, mana tidak, straight duk dalam air-cond room (gua mana tahan duk dalam air-cond ni). Kalau kat kilang ni, malas nak duk dalam opis, kecuali dah memang ada benda nak buat. Paperwork ka, karangan ka, cerpen ka....ha3...

Hari Isnin ni sambung semula kelas.

Monday, April 12, 2010

5S (methodology)

5S (methodology)




5S is the name of a workplace organization methodology that uses a list of five Japanese words which, transliterated and translated into English, start with the letter S. The list describes how items are stored and how the new order is maintained. The decision making process usually comes from a dialogue about standardization which builds a clear understanding among employees of how work should be done. It also instills ownership of the process in each employee.

The 5S's are:[1]

Phase 1 - Seiri (整理) Sorting: Go through all tools, materials, etc., in the plant and work area. Keep only essential items. Everything else is stored or discarded.

Phase 2 - Seiton (整頓) Straighten or Set in Order: There should be a place for everything and everything should be in its place. The place for each item should be clearly labeled or demarcated. Items should be arranged in a manner that promotes efficient work flow. Workers should not have to repetitively bend to access materials. Each tool, part, supply, piece of equipment, etc. should be kept close to where it will be used (i.e. straighten the flow path). Seiton is one of the features that distinguishes 5S from "standardized cleanup".

Phase 3 - Seisō (清掃) Sweeping or Shining or Cleanliness (Systematic Cleaning): Keep the workplace clean as well as neat. At the end of each shift, clean the work area and be sure everything is restored to its place. This makes it easy to know what goes where and insures that everything is where it belongs. A key point is that maintaining cleanliness should be part of the daily work - not an occasional activity initiated when things get too messy.

Phase 4 - Seiketsu (清潔) Standardizing: Work practices should be consistent and standardized. Everyone should know exactly what his or her responsibilities are for adhering to the first 3 S's.

Phase 5 - Shitsuke (躾) Sustaining the discipline: Maintain and review standards. Once the previous 4 S's have been established, they become the new way to operate. Maintain focus on this new way and do not allow a gradual decline back to the old ways. While thinking about the new way, also be thinking about yet better ways. When an issue arises such as a suggested improvement, a new way of working, a new tool or a new output requirement, review the first 4 S's and make changes as appropriate.

A sixth phase, "Safety," (安全) is sometimes added. It is reasonable to assume that a properly planned and executed 5S program will inherently improve workplace safety, but some argue that explicitly including this sixth S insures that workplace safety is given primary consideration.

It is important to have continuous education about maintaining standards. When there are changes that affect the 5S program such as new equipment, new products or new work rules, it is essential to make changes in the standards and provide training. Companies embracing 5S often use posters and signs as a way of educating employees and maintaining standards


Sourced : Internet

Friday, April 2, 2010

Adakah Ini Pokok kayu Tas Yang Sering Di Sebut-Sebut?????









Ucen bawa aku pi kebun dia, ngam je ada 2-3 pokok dia reserve. So, dapatlah aku tengok pokok kayu tas ni daripada dekat. Di Sarawak ni mereka panggil Kayu Hujan Panas, banyak khasiatnya. Tapi aku sendiri belum try lah, so far tadak pulak yang ada unsur2 macam yang Tongkat Ali boleh buat....ha3

Siapa Kata Loagan Bunut Tempat Buangan????

Korang tengok Ariff dengan Saiful ni, bukan main lagi pegang pancing, tapi mata tah ke mana agaknya tu, macam ada aweks je mandi kat sebelah sana sungai....jeng3

Rumah Selambau-mudah di jumpai sepanjang sungai di sepanjang sungai yang kami lalui
Kawe dah lapar dah niiiiiii!...Ariff, Saiful, Ajet & Tawi, main pondok-pondok tepi sungai....lepas mancing(konon2 la) terus pi panggang.

Tuesday, March 23, 2010

DIPOM 2010

On the way ke Lahad Datu. Transit kat KK ni ha. blur juga lah sekejap. Ni first time aku jejak kat Sabah. Dah macam rusa masuk kampung. Ha3. Sampai je tadi aku call Tuan Faris, baru nak check out daaaa  dari Sandakan....melahu la gamaknya aku kat Lahad Datu ni karang.

Ada di Sugut. Boustead Rimba Nilai. stay rumah Tuan Faris. Aiseh, sini pun "parah" juga kalau tak ada "datin", harapkan warung sempoi jer lah dengan kantin kilang kalau nak makan. Macam2 ada....bak kata orang tua2 "jauh berjalan luas pandangan" bertuah rasa duduk di tempat sendiri, tapi masalahnya orang dah twist ayat tu, jadi depa pakai ayat ni,  "jauh berjalan, ramai girlfriend" kah3. camno tuuuuuuu

So far, dah 4 hari attend kelas DIPOM2010, rasa ciput jer knowledge yang ada sebelum ni. Banyak lagi yang aku tak tau pasal sawit ni. Banyak juga lah yang dapat di kongsi dari syarikat2 lain selain Boustead Estates group sendiri. Hopefully aku akan dapat menmanfaatkan apa yang dah di serap kat kursus ni untuk improve diri sendiri dan tempat kerja sekarang. Aminnnnn.

Esok nak keluar semula le Lahad Datu, sambung lagi 4 hari kat sana.




Friday, February 19, 2010

LOAGAN BUNUT, MIRI, SARAWAK

Just to share my personal experiences living in Tinjar area with surrounding ethnic communities. Enjoy!
















Aku dengan Chief Mekanik aku. Atas Tasik Loagan Bunut yang kering musim kemarau tahun lepas. Ucen inform dalam 10 hingga 15 tahun baru dapat tengok kering macam ni. Siapa Ucen ni yer? Tunggu la next posting.




Papan tanda sebelum kami masuk ke kawsan Tasik Loagan Bunut yang kering . Pelik juga rupa boya nya tu.

Kawasan perkuburan lama suku Berawan, tidak pasti usia dah berapa ratus tahun, tapi kalau tengok kayu tu macam dah lama. Gambar ni Ucen ambil masa hantar jenazah suku dia ke kawasan perkuburan berhampiran dengan menggunakan perahu melalui Tasik Loagan Bunut.


Friday, February 12, 2010

MENCARI KEREDHAAN TUHAN

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG