Sunday, May 30, 2010

Rotan & Anak

Artikel ni aku dapat daripada email yang isteri tersayang aku forward kat aku. Isteri ni pun dapat artikel ni dari sumber internet. Tetapi pada aku ada sesuatu yang boleh diambil sebagai pengajaran dari cebisan tulisan penulis ini. Aku sendiri pun selepas membaca email dari isteri ni, terus tersandar kat kerusi yang aku duduk sekarang ni. Aku mula terbayang corak didikan yang sudah terapkan pada permata-permata hati aku. Bukan aku tak pernah tahu tentang perkara macam ni, tapi artikel ni umpama peringatan semula terhadap diri insan yang selalu lupa asal usul dan matlamat hidup. Sudilah membaca, semoga sama-sama kita mengambil iktibar dari penulis.

Mula artikel

"Anda kata anda seorang ibu? Anda kata anak lelaki anda berusia 3 tahun? Anda kata anda memarahinya dan merotannya? Umur 3 tahun? Anda memarahi dan merotannya?


Maafkan saya. Walaupun anda datang ke sini meminta doa, izinkan saya memberikan pendapat saya terhadap cara anda melayan anak.

Pada saya, anak pada usia 3 tahun, bukanlah umur yang sesuai untuk dimarah dan dirotan. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana anda sanggup merotan seorang budak berumur 3 tahun. Saya secara jujurnya, amat tidak bersetuju. Anda tahu, anak itu akan membesar menjadi lebih degil, malah kemungkinan dia akan membesar dalam kebencian kepada anda.

Anak, terdapat beberapa peringkat dalam kita hendak memberikan didikan kepadanya. Pertama, peringkat raja. Semenjak lahir, hingga umur sekitar 9-10 tahun, maka dia adalah raja yang kita layan penuh kasih sayang.

Penuh kasih sayang di sini, bukanlah kita turuti apa sahaja permintaannya, dan menyumbatkan dunia dalam hatinya. Tetapi kita didiknya dengan sebaik mungkin. Menumpahkan kasih sayang, mengajarnya dengan lembut, dan bersabar dengan segala kerenahnya. Kalau ada perkara yang kita tidak setuju dengannya, maka kita akan luahkan dengan cara terlembut sekali. Bila dia buat salah atau perkara yang kurang menyenangkan, sepatutnya kita tegur dengan cara yang berhikmah.

Apabila dia berumur sekitar 10 tahun, maka itu adalah fasa dia menjadi hamba. Yakni hamba kepada ibu bapanya. Di situ, kita mula memberikan tugasan-tugasan, menetapkan peraturan kepadanya dan sebagainya. BIla dia membantah, maka ketika itu kita dibenarkan merotannya. Perasankah anda dengan hadith Rasulullah SAW berkenaan mengajar anak solat?

RAsulullah SAW bersabda: Didiklah anak kamu dengan solat semenjak berumur 7 tahun. Bila dia mencapai umur 10 tahun, jika dia membantah, maka pukul lah dia

Lihat. kenapa umur 10 tahun baru kita disuruh menghukum anak? Hal ini kerana, Rasulullah SAW hendak mengajar kita untuk menghukum anak dalam keadaan dia faham kenapa dia dihukum. Kita menghukum bukan kerana kita marah. Kta menghukum sebab kita hendak mendidik. Di dalam jiwa, langsung tiada api kemarahan yang memercik di dalam diri kita saat kita menghukumnya. Jika ada, lebih baik anda jangan menghukum, kerana hasilnya tidak akan menjadi baik. Anak anda akan menjadi orang yang memberontak. Kerana dia nammpak anda menghukumnya kerana memuaskan nafsu amarah anda sahaja.

Kemudian, bila anak berumur belasan tahun, sekitar 15 tahun ke atas, kita perlu menganggapnya sebagai teman kita. Berkongsi masalah dengannya agar dia juga tidak berselindung dengan kita. Fasa ini rasanya tidak perlu saya jelaskan, memandangkan anak anda baru berumur 3 tahun.

Saya hendak nyatakan di sini. Memang ada doa khusus untuk mendoakan anak. Tetapi saya membuat keputusan untuk tidak memberikannya di sini. Percaya bahawa dengan doa sahaja segalanya akan berubah, adalah satu kepercayaan yang tidab benar sebenarnya. Memang, ALLAH boleh lakukan apa sahaja. Tetapi, ALLAH SWT menuntut kita untuk berusaha juga.

Hakikatnya, kalau anda membesarkan anak anda dengan kasih sayang, dan mendidiknya dengan didikan ISLAM yang sebenar, insyaALLAH, ALLAH akan membantu anda, walaupun anda setiap kali lepas solat hanya mendoakan:

Ya ALLAH, jadikanlah anak aku anak yang soleh

Doa anda, dengan usaha anda, akan menarik hijab anda dengan ALLAH, sekaligus ALLAH akan menurunkan pertolonganNya untuk menjaga anak anda.

Pokoknya, bagaimanakah anda membesarkan anak anda?

Dengan rotan sedari umur 3 tahun? Saya tidak nampak bagaimana anak anda hendak mengasihi anda.

Jangan hanya tahu memberi alasan ” Ibu rotan ni sebab ibu sayang”

Adakah anak umur 3 tahun akan faham?

Hentikanlah rotan anda itu. Jagalah anak anda dengan sebaiknya, penuh kasih sayang, bebas dari kebencian, dengan mengharapkan dia membesar mencari redha ALLAH SWT."
Tamat artikel.

Teringat aku pesan MAK BAPAK aku, jangan di pukul anak-anak, jangan terlalu di marah anak-anak, nanti KERAS HATINYA. Ya! ada benarnya! Fikir-fikirkan lah.

Teringat pulak aku kat arwah atuk aku sebelah mak, bukan sebarang juga arwahnya ni, tapi mak aku cerita, marah macam mana pun, tidak dia mengangkat tangan memukul anak-anaknya(mak dan pakcik makcik aku lah tuh), tetapi kalau dah dia naik angin sekali pun, dia akan ambil kain, di LIBAS nya. nasib la siapa yang kena tu. Jangan haraplah kulit tangan arwah ni nak kena pada kulit anak-anak dia (memukul). Lagi satu pesan arwah yang aku ingat, "kalau nak masuk hutan(zaman kita ni, nak pi opis kerja lah), jangan kau toleh lagi kebelakang melihat keluarga kau selepas kau memulakan langkah keluar mencari rezeki!". Bertahun baru aku faham nasihat arwah, bertahun baru aku memahami, mengerti, apa yang tersirat dalam nasihat arwah.

No comments:

Post a Comment